Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu menjejaskan rentak permainan kerana permukaan padang yang teruk serta tidak rata. Hantaran pendek tidak dapat dilakukan dengan baik.
Pasukan Terengganu berjaya membuka tirai jaringan apabila Ashari Shamsudin dengan tenang menjaringkan gol setelah mendapat hantaran dari Manaf Mamat pada minit ke 58. Kegembiraan skuad penyu tidak lama apabila 10 minit terakhir perlawanan bertukar mimpi ngeri. Minit ke 81, percubaan mudah S.Kunalan dari luar kotak penalti gagal di tangkap kemas oleh penjaga gawang Terengganu dan menyaksikan bola mudah masuk ke pintu gol. Ternyata gol itu telah menjatuhkan moral para pemain Terengganu dan kesempatan itu di gunakan sebaiknya pada minit ke 85 apabila HAI - O mudah melakukan penyudah yang cantik dari hantaran silang.
Musim ini juga HAI - O telah mencatat rekod tersendiri apabila muncul sebagai penjaring gol dan memenangi Piala Malaysia selama 3 tahun berturut - turut.
Akhir kata, sekalung tahniah buat pasukan terengganu yang muncul sebagai Johan Piala FA, Naib Johan Liga Super dan juga Naib Johan Piala Malaysia Musim Ini.
Penantian selama 10 tahun untuk mara ke Perlawanan Akhir tidak memihak kepada kita. Musim depan usaha lagi .