16 February 2012

Putrajaya Hot Air Balloon 2012


FIESTA tahunan Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi dengan menampilkan 25 buah belon udara panas dari 12 buah negara.

Edisi keempat fiesta yang bakal berlangsung dari 15 hingga 18 Mac itu pastinya memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan tarikan reka bentuk, saiz dan warna yang pelbagai.

Pelawat edisi tahun lepas yang dianggarkan berjumlah 250,000 orang pasti tidak lupa dengan keunikan beberapa belon udara panas yang berbentuk figura dari filem Star Wars, Darth Vader, selain watak kartun Doraemon.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini.

19 December 2011

rahsia buat duit melalui Internet Marketing TERBONGKAR!

Berita baik untuk anda hari ini...
sahabat saya saudara Haszoor Muaidi
baru sahaja buat pendedahan eksklusif
bagaimana beliau berjaya buat duit
RM3,000 hingga RM10,000 setiap
bulan secara KONSISTEN melalui...

Internet Marketing!

Nak tahu rahsia beliau?
Cepat dapatkannya sekarang!
Ianya PERCUMA!!!
Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

18 December 2011

Pasukan Terengganu Bakal Beraksi pada waktu siang.

Pasukan Terengganu Bakal Beraksi pada waktu siang.
Ini kerana masalah lampu limpah yang masih lagi tidak di selesaikan.

Untuk berita lanjut sila klik link di bawah.

Utusan Malaysia Online - Sukan

16 December 2011

Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14



Kementerian Kesihatan telah membuka satu klinik kesihatan di Presint 14. Atau lebih spesifik di Blok E. Dengan adanya Klinik ini, Penduduk sekitar tidak lagi perlu ke Klinik Kesihatan di Precint 3 atau Precint 9.

waktu operasi dari jam 8.00 pagi until 5.oo ptg.
Jenis Perkhidmatan yang diberikan untuk Rawatan Pesakit Luar & Kes-kes ringan sahaja.

13 December 2011

I-City Shah Alam


baru baru ini kami menjejakkan kaki sekali lagi ke I-City Shah Alam. Waktu cuti sekolah nie memang penuh parking, ramai pengunjung yang datang. Peluang cuti sekolah nie digunakan oleh ibubapa untuk bawa anak anak berjalan.

Sekarang terdapat banyak perubahan yang ada kat I-City Shah Alam nie. Antara yang menggamit minat pengunjung adalah Snowalk. Anda boleh merasai pengalaman bermain salji di dalam satu tempat yang dibina khas. Akan tetapi kami tidak berpeluang untuk masuk kerana terlalu ramai pengunjung yang hadir.


Tak banyak gambar sempat snap coz sibuk untuk mengejar hero yang amat gembira menikmati keindahan lampu lampu yang gemerlipan.









12 December 2011

Senarai Pemain Import Liga Malaysia 2012

Salam semua,

Liga Bolasepak Malaysia akan bermula pada Januari 2012. Dan sekarang pasukan yang bertanding telah selamat mendaftarkan pemain import yang akan memperkuatkan lagi pasukan masing masing bagi menghadapi Musim 2012.

Berikut disampaikan info tentang pemain2 import saingan Liga M bagi musim 2012...

T-Team
1)Zacharia Simukonda (Zambia)
2)Bojan Petric (Bosnia and Herzegovina)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1)Bruno Martelotto (Argentina)
2)Marlon Alex James (St Vincent and the Grenadines)

Negeri Sembilan
1)Marquem Goncalves Ferreira (Brazil)
2)Jean Emmanuel Effa Owona (Cameroon)

Kuala Lumpur
1)Ayo Hassan Raimi (Nigeria)
2)Mehdi Tagawa (Tunisia)

Selangor
1)Ramez Dayoub (Lebanon)
2)Lelo Mbele (DR Congo)

Sime Darby FC
1. Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia)
2. Sengbhah Veron Kennedy (Liberia)

Negeri Sembilan
1)Marquem Goncalves Ferreira (Brazil)
2)Jean Emmanuel Effa Owona (Cameroon)

Terengganu
1)Tercio Nunes (Brazil)
2)Muhammadou Suamarez (Gambia)

Kelantan
1)Emmanuel Okine (Ghana)
2)Denny Antwi (Ghana)
3)Mohamad Ghaddar (Lebanon)
4)Zakaria Charara (Lebanon)

Perak
1)Lazar Popovic (Serbia)
2)Michal Kubala (Slovakia)

Kedah
1)Daniel Soares Neves (Brazil)
2)Danilo Rafael dos Santos Vivaldo (Brazil)

Sabah
1)Brendan Gan (Australia)
2)Michael Baird (Australia)

Sarawak
1)Kalle Sone (Cameroon)
2)Guy Bwele (Cameroon)


FELDA UNITED FC
1. Matias Favano (Argentina)
2. Santiago Bianchi (Argentina)

JOHOR FC
1. Tiago Lima Leal (Brazil)
2. Tito Fernando Da Silva Pinto (Brazil)

JOHOR FA
1. Richard Offiong (England)
2. Sodjine Lazare Esseh (Togo)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)
2. helmi Loussaief (Tunisia)

PERLIS FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha


" Selamat Hari Raya Aidil Adha & Selamat Menjalani Ibadah Korban "


daripada Kami sekEluarga

Anum + Azizul + Aqil



30 October 2011

Penyu Menangis Lagi

Tirai sukan bola sepak malaysia dilabuhkan setelah negeri sembilan berjaya merangkul piala paling berprestij, Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan Terengganu dengan jaringan 2-1.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu menjejaskan rentak permainan kerana permukaan padang yang teruk serta tidak rata. Hantaran pendek tidak dapat dilakukan dengan baik.

Pasukan Terengganu berjaya membuka tirai jaringan apabila Ashari Shamsudin dengan tenang menjaringkan gol setelah mendapat hantaran dari Manaf Mamat pada minit ke 58. Kegembiraan skuad penyu tidak lama apabila 10 minit terakhir perlawanan bertukar mimpi ngeri. Minit ke 81, percubaan mudah S.Kunalan dari luar kotak penalti gagal di tangkap kemas oleh penjaga gawang Terengganu dan menyaksikan bola mudah masuk ke pintu gol. Ternyata gol itu telah menjatuhkan moral para pemain Terengganu dan kesempatan itu di gunakan sebaiknya pada minit ke 85 apabila HAI - O mudah melakukan penyudah yang cantik dari hantaran silang.

Musim ini juga HAI - O telah mencatat rekod tersendiri apabila muncul sebagai penjaring gol dan memenangi Piala Malaysia selama 3 tahun berturut - turut.

Akhir kata, sekalung tahniah buat pasukan terengganu yang muncul sebagai Johan Piala FA, Naib Johan Liga Super dan juga Naib Johan Piala Malaysia Musim Ini.

Penantian selama 10 tahun untuk mara ke Perlawanan Akhir tidak memihak kepada kita. Musim depan usaha lagi .

29 October 2011

Tiket Piala Malaysia Melampau

24/10/2011 5:38pm

KUALA LUMPUR 24 Okt – Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini akan mula dijual esok dengan harga RM50 bagi semua tempat duduk.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam. – Utusan

Petikan dari www.utusan.com.my, tiket tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir piala malaysia pada 29 Oktober ini berharga RM 50.00 bagi semua tempat duduk di Stadium Shah Alam.

Tersebarnya berita ini telah membuatkan para peminat dan penyokong bola sepak tempatan naik angin kerana harga tiket yang tidak masuk akal. Kenaikan harga tiket ini dianggap tidak wajar kerana para penyokong perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk tiba di Stadium Shah Alam.

Untuk rekod, pada tahun 2009, Tiket perlawanan akhir berharga RM 20.00 dan pada tahun lepas tiket berharga RM 30.00. Oleh itu ramai yang anggap harga tiket pada musim ini tidak masuk akal.

Para peminat merancang untuk memboikot perlawanan ini sebagai tanda protes kepada FAM yang tidak memikirkan masalah peminat dan penyokong.

...

...

...

jauh di sudut hati, diharap FAM dapat menurunkan harga tiket bagi memeriahkan lagi perlawanan akhir ini.

23 October 2011

Marco Simoncelli, Colin Edwards & Rossi Crash in Sepang Malaysia

Moto GP di sepang petang tadi mencatat sejarah hitam apabila satu insiden di mana Marco Simoncelli telah menemui ajal selepas terlibat dalam nahas yang teruk. Insiden yang melibatkan Simoncelli, Colin Edwards dan juga Rossi. Perlumbaan yang baru masuk lap ke -2 terpaksa dibatalkan akibat dari insiden ini.


final Piala Malaysia 2011





alhamdulillah ...

penantian selama 10 tahun telah berakhir apabila skuad penyu berjaya melangkah ke peringkat final saingan piala malaysia. setelah menempuh halangan berliku dari peringkat kumpulan, pasukan penyu dengan mudah menjinakkan juara edisi lepas, Kelantan Darul Naim di peringkat suku akhir. Mangsa terbaru, selangor yang gah dengan misi 33 mereka telah kami tumpaskan diperingkat separuh akhir.

Lawan yang bakal menghalang hajat skuad Peteh Ganu Peteh iaitu skuad Negeri Sembilan yang mana di undi bersama dengan terengganu dalam peringkat kumpulan. Berdasarkan rekod pertemuan musim ini yang banyak berpihak kepada Negeri Sembilan, Kami yakin barisan penyu mampu mencatat kemenangan di peringkat akhir nanti.

Perlawanan akhir yang akan dilangsungkan pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam mencatat rekod tersendiri iaitu Penantian 10 Tahun Terengganu beraksi dalam perlawanan akhir dan juga rekod bagi barisan Negeri Sembilan yang beraksi di pentas final sebanyak 3 kali berturut - turut.

hanya barisan yang beraksi dengan baik akan menjulang piala yang berprestij ini. sama sama kita nantikan 29 oktober ini untuk mengetahui siapa empunya piala edisi ini.


15 October 2011

Sepetang di hotel pullman putrajaya

hari demi hari, my hero menuntut janji untuk bermain pasir di mini pantai buatan manusia kat putrajaya nie. 


 cantik jugak view pantai buatan manusia nie.. 
peralatan yang diperlukan untuk main pasir.
demonstrasi dulu camner nak guna alat alat nie
 bila dah tau camna nak guna.. main dengan sendiri ok.
 argghh... nape tak jadi ni..
 i did it
 asyik je ..
 mama kata .. dah besar dah ... boleh berdikari
muka yang amat serius .. susah tol nak suh posing skrg. 

 sementara menanti hero main pasir.. papa & mama bersantai bawah pokok kelapa.
 wah wah .. rileks nampak.. santai je kan..

10 July 2011

Lagi Putrajaya Floria 2011

bertemu kembali..

kali nie acara malam, iaitu pertunjukkan bot berhias. memang cantik, macam macam jenis hiasan yang dibuat di bot yang mengambil bahagian. Antaranya wakil dari setiap negeri. Oleh kerana tadi hanya bersidai lepak di Perkarangan Masjid Besi, tidak banyak sangat subjek berjaya ditangkap. Keupayaan Lensa mini amat terhad, oleh itu sempat memetik mana yang hampir dengan masjid je.

wakil dari negeri Perak Darul Ridzuan

wakil dari negeri Terengganu Darul Iman

wakil dari negeri Melaka Bandaraya Bersejarah

wakil dari badan badan koprat dan swasta

dan .. akhir sekali acara yang ditunggu tunggu oleh semua pengunjung... pertunjukkan bunga api yang juga menarik. Acara ini diadakan setiap malam sehingga 17 Julai 2011 nanti. Kehadiran malam ini tidak dirancang, Lensa Mini tiada berkaki, oleh itu subjek dari fireworks tidak terlalu banyak dapat dirakam. hanya mampu beberapa keping yang menarik. mungkin di lain hari akan hanya fokus kepada fireworks.


one of the best shot, lensa mini di tangan.. tiada berkaki

Putrajaya Floria 2011

setelah sekian lama tidak diupdate, bahan bahan yang baru dicapture semalam dan pagi tadi terus mendapat idea. Bertempat di presint 2 Putrajaya, berlangsungnya Floria Fest 2011. Macam biasa berbekalkan lensa mini ini, beberapa subjek telah dikenalpasti. Walaupun hasil tidak secanggih DSLR yang menggunakan macro lens atau pun Prime Lens, aku tetap berpuas hati dengan hasil kerja Lensa Mini ku ini.

antara beberapa subjek yang telah menjadi mangsa keadaan.


anggerik desa ungu keputihan.

anggerik putih keunguan.

anggerik lagi... kali nie warna ungu pekat. berbintik macam lelabah.

si katak hijau di celah kuntuman bunga

bunga "ciken shit" oren gitu

himpunan bunga warna warni menyambut ketibaan para tetamu

21 May 2011

Putrajaya International Fireworks

presenting ..
a few shot from participant team of
Putrajaya International Fireworks Competition 2008








captured ..

baby cactus

spike's

red queen cactus

bored on board, i got this

an evening @ klcc