29 October 2011

Tiket Piala Malaysia Melampau

24/10/2011 5:38pm

KUALA LUMPUR 24 Okt – Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini akan mula dijual esok dengan harga RM50 bagi semua tempat duduk.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam. – Utusan

Petikan dari www.utusan.com.my, tiket tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir piala malaysia pada 29 Oktober ini berharga RM 50.00 bagi semua tempat duduk di Stadium Shah Alam.

Tersebarnya berita ini telah membuatkan para peminat dan penyokong bola sepak tempatan naik angin kerana harga tiket yang tidak masuk akal. Kenaikan harga tiket ini dianggap tidak wajar kerana para penyokong perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk tiba di Stadium Shah Alam.

Untuk rekod, pada tahun 2009, Tiket perlawanan akhir berharga RM 20.00 dan pada tahun lepas tiket berharga RM 30.00. Oleh itu ramai yang anggap harga tiket pada musim ini tidak masuk akal.

Para peminat merancang untuk memboikot perlawanan ini sebagai tanda protes kepada FAM yang tidak memikirkan masalah peminat dan penyokong.

...

...

...

jauh di sudut hati, diharap FAM dapat menurunkan harga tiket bagi memeriahkan lagi perlawanan akhir ini.

No comments: