23 October 2011

final Piala Malaysia 2011





alhamdulillah ...

penantian selama 10 tahun telah berakhir apabila skuad penyu berjaya melangkah ke peringkat final saingan piala malaysia. setelah menempuh halangan berliku dari peringkat kumpulan, pasukan penyu dengan mudah menjinakkan juara edisi lepas, Kelantan Darul Naim di peringkat suku akhir. Mangsa terbaru, selangor yang gah dengan misi 33 mereka telah kami tumpaskan diperingkat separuh akhir.

Lawan yang bakal menghalang hajat skuad Peteh Ganu Peteh iaitu skuad Negeri Sembilan yang mana di undi bersama dengan terengganu dalam peringkat kumpulan. Berdasarkan rekod pertemuan musim ini yang banyak berpihak kepada Negeri Sembilan, Kami yakin barisan penyu mampu mencatat kemenangan di peringkat akhir nanti.

Perlawanan akhir yang akan dilangsungkan pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam mencatat rekod tersendiri iaitu Penantian 10 Tahun Terengganu beraksi dalam perlawanan akhir dan juga rekod bagi barisan Negeri Sembilan yang beraksi di pentas final sebanyak 3 kali berturut - turut.

hanya barisan yang beraksi dengan baik akan menjulang piala yang berprestij ini. sama sama kita nantikan 29 oktober ini untuk mengetahui siapa empunya piala edisi ini.


1 comment:

eMMe said...

i sokong negeri sembilan...hehehe...